Monday, 31 October 2011

Peraturan Lumba Perahu






Syarat
dan
peraturan
Lumba Perahu
REGATTA SIBUTI 2011










PERATURAN-PERATURAN PERLUMBAAN

1.         TAFSIRAN
         Peraturan ini disediakan adalah sebagai garis panduan bagi menganjurkan Perlumbaan lumba perahu supaya ianya dapat dilaksanakan dengan baik dan efisien. Peraturan ini adalah khas untuk acara lumba perahu yang akan diadakan di Sungai Sibuti, Bekenu sempena Regatta Sibuti 2011. Dalam peraturan ini terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian seperti:

1.1       Jawatankuasa
Ini bermaksud jawatankuasa pengelola yang telah diberi kepercayaan oleh jawatankuasa induk Regatta Sibuti 2011 untuk mengurus, mengatur dan memastikan acara lumba perahu dijalankan dengan baik dan sempurna.

1.2       Hakim
Ini bermaksud adalah orang yang bertanggungjawab menghakimi sesuatu perlumbaan yang dilantik oleh jawatankuasa induk. Hakim bertanggungjawab dalam  meniliti dan menentukan kedudukan muktamad bagi perahu-perahu yang sampai di garisan penamat.

1.3       Pengadil
Ini bermaksud adalah  pegawai-pegawai yang dilantik oleh jawatankuasa supaya mengawal perjalanan perlumbaan dan diberi kuasa untuk membatalkan satu-satu acara atau mana-mana perahu / peserta yang membuat kesalahan berpandukan peraturan ditetapkan, disengajakan dan berulang-ulang setelah diberi amaran lisan.  
            1.4       Pengatur / Pelepas
Ini bermaksud pegawai-pegawai yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk dan ditugaskan untuk memulakan sesuatu perlumbaan.
           
            1.5       Perahu Kayuh
Ini bermaksud perahu yang digunakan dalam perlumbaan yang mana digerakkan menggunakan tenaga manusia (pekayuh-pekayuh) tanpa menggunakan tenaga atau kuasa enjin. Ianya dikategorikan berdasarkanjumlah pekayuh yang terlibat.

            1.6       Bot Laju
Ini bermaksud bot tersebut digerakkan dengan kuasa enjin tidak melebihi kategori kuasa kuda yang ditetapkan dengan ukuran kurang dari 16 kaki.

1.7       Bot Panjang
Ini bermaksud bot yang digerakkan dengan kuasa enjin tidak melebihi kategori yang ditetapkan dengan ukuran perahu seperti digambarkan di “Lampiran 1 “ iaitu tidak kurang dari 16 kaki panjang.
           
            1.8       Pemenang
Ini bermaksud bot atau perahu yang berjaya menamatkan perlumbaan sehingga ke garisan penamat tanpa melakukan apa-apa kesalahan semasa acara perlumbaan dijalankan. Pemenang adalah perahu yang berjaya sampai ke garisan penamat mengikut siapa yang dahulu sampai dan ini akan ditentukan oleh pengadil/Hakim di grandstand.

            1.9       Juri Rayuan
Satu badan yang dilantik khas oleh pihak jawatankuasa untuk menganggotai Juri Rayuan. Mereka ini tidak kurang dari 3 orang dan jumlah anggota mesti dalam angka ganjil. Mereka tidak terlibat dengan mana-mana pasukan yang terlibat dengan perlumbaan yang terdiri daripada:
i.              Pengerusi Jawatankuasa Induk
ii.             Jawatankuasa Teknikal
iii.            Jawatankuasa Kehakiman
iv.           Ketua Masyarakat

Ahli-ahli Juri tidak dibenarkan menyertai mana-mana perlumbaan atas nama sendiri .Sekiranya terdapat penyertaan daripada ahli juri dan timbul bantahan daripada salah seorang maka dengan sendirinya ahli berkenaan tidak boleh terlibat dalam menilai / menimbang sebarang bantahan serta membuat keputusan.

2.            KUASA DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

2.1       Ditugaskan untuk menyelenggara dan mengawal hal ehwal perlumbaan iaitu membuat peraturan-peraturan khas, melantik para pegawai, petugas dan melaksanakan apa jua tugas dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya.

2.2       Berhak menangguh dan mengubahsuai aturcara perlumbaan sekiranya satu-satu keadaan memaksanya berbuat demikian.

2.3       Berhak memberi perintah ,arahan dan ketetapan kepada semua pihak yang berkenaan dengan lumba perahu.

2.4       Berhak membuat ketetapan ke atas sebarang tafsiran dan hukuman yang tidak diperuntukkan dalam peraturan khas ini Keputusan Jawatankuasa dan hakim adalah muktamad.

3.            TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB HAKIM

3.1       Sentiasa berada di garisan penamat (GRANDSTAND) sepanjang masa perlumbaan diadakan untuk menentukan kemenangan bagi perahu-perahu yang mengambil bahagian dalam tiap-tiap acara lumba. Sekurang-kurangnya 3 orang hakim bersedia pada satu-satu masa untuk menentukan tempat kemenangan tempat 1, 2, dan 3, masing-masing dengan catatan dan rekod tertentu di dalam borang yang disediakan seperti di “Lampiran 4” dengan bantuan pembantu-pembantu yang dilantik.

3.2       Memberi arahan kepada Pelepas yang dibekalkan dengan pistol dan peluru kosong, isyarat-isyarat satu-satu acara lumba. Isyarat ini menggunakan bendera yang berwarna seperti berikut:

i.              MERAH – BATAL
ii.             HIJAU – JALAN @ BERLEPAS
iii.            PUTIH – BERJALAN LANCAR

3.3       Bendera berpetak hitam-putih untuk menentukan cukup pusingan atau tamat bagi mana-mana perlumbaan. Bendera hitam-putih akan diangkat bagi mengisyaratkan bahawa peserta telah cukup pusingan bagi perlumbaan yang ada pusingan dan garisan penamat bagi perlumbaan lain. Jumlah pusingan akan ditayang menggunakan bendera dari papan tanda di hadapan GRANDSTAND untuk memastikan pusingan yang telah dilalui oleh setiap pelumba.

3.4       Mana-mana peserta yang telah diisyaratkan telah cukup pusingan mesti berhenti daripada meneruskan perlumbaan dan berlabuh di tempat yang selamat berhampiran kawasan pemeriksaan enjin / GRANDSTAND supaya tidak menganggu peserta lain yang masih meneruskan perlumbaan. Sekiranya arahan ini  diabaikan dengan sengaja dan bertujuan untuk mengganggu pelumba-pelumba lain yang Belum cukup pusingan maka kemenangan akan dibatalkan dan tidak dibenarkan menyertai mana-mana perlumbaan seterusnya.

4.            TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGADIL

4.1        Menyelia, mengawal dan menentukan kelicinan perjalanana semua acara perlumbaan dari garisan permulaan hinggalah ke garisan penamat.

4.2        Pengadil berhak membatalkan perahu-perahu yang melakukan kesalahan tertentu atau mengeluar perahu-perahu daripada mengambil bahagian dalam satu-satu acara atau keseluruhan perlumbaan sekiranya didapati gagal mematuhi atau syarat-syarat dalam peraturan khas yang tersurat.
5.            TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PELEPAS

5.1       Mengatur perahu-perahu di garisan permulaan mengikut undi alur yang telah ditetapkan sebelum satu-satu acara lumba. Perahu-perahu hendaklah beratur sama lurus, tidak Kira perahu-perahu berkenaan tidak sama panjangnya sesuai dengan tempat dan keadaan.

5.2       Boleh membatalkan permulaan dan mengarah perahu-perahu beratur semula sekiranya terdapat perahu-perahu yang berlepas lebih awal dari  isyarat yang diberikan. Sekiranya terdapat perahu-perahu yang tidak mematuhi arahan, perahu-perahu berkenaan dengan sendirinya terkeluar dari menyertai perlumbaan tersebut. (Amaran akan diberikan sebanyak 2 kali). Jika didapati melakukan kesalahan kali yang ketiga, maka penyertaan akan dibatalkan dengan serta merta.

5.3       Menolak sesebuah perahu/ botlaju/ perahu panjang dari menyertai satu-satu acara lumba sekiranya didapati perahu berkenaan tidak berada di garisan permulaan semasa jadual dan selepas 10 minit pengumuman dengan pembesar suara bagi satu-satu acara dilakukan. (3 kali panggilan rasmi)




6.            TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIPAN TUAN PUNYA PERAHU / WAKILNYA  

6.1          Bertanggungjawab ke atas kesihatan, kebajikan dan keselamatan anak-anak perahu serta perahu-perahunya.
6.2          Bertanggungjawab memahami sepenuhnya segala peraturan khas ini dan  menentukan semua anak perahunya berbuat demikian.
6.3          Berhak berbuat aduan atau bantahan yang ada pertalian dengan perlumbaan yang disertai.


7.            TANGGUNGJAWAB JURUMUDI ( Pekayuh belakang Sekali) bagi perahu kayuh dan Pemandu perahu bagi perahu Bot

7.1          Menentukan pergerakan dan perjalanan perahu mengikut alur yang telah diundi. Pergerakan dan perjalanan perahu/ botlaju/ perahu panjang, janganlah terlalu berdekatan dengan perahu sebelah –menyebelah.

8.            JENIS PERLUMBAAN

8.1.1      Kayuh dengan menggunakan tenaga manusia
8.1.2      Botlaju/ perahu panjang mengunakan enjin sangkut
8.1.3      Penentu final hanya akan ditentukan berpandukan kepada beberapa saringan.

9.            UNDI ALUR
9.1          Tuan-tuan punya perahu atau wakilnya hendaklah mencabut undi di GRANDSTAND bagi menentukan alur masing-masing di garisan permulaan seperti yang diarahkan oleh jawatankuasa pengelola pada satu-satu acara perlumbaan dijalankan. Undi alur akan dijalankan satu jam lebih awal sebelum mana-mana acara dijalankan.
9.2          Tuan punya perahu/ botlaju/ perahu panjang , perahu sambai mesti peka terhadap sebarang pengumuman dan perubahan.
9.3          Undi alur No.1 bermula dari tebing sebelah Pekan Bekenu dari hulu batang Sungai Sibuti.

10.          NAMA PERAHU/BOTLAJU/PERAHU PANJANG

10.1       Nama perahu hendaklah ditulis/dicop dengan jelas dan terang pada  lunasnya  badan perahu/ botlaju berdekatan dengan haluan perahu dan tidak boleh ditampal.

10.2       Nama perahu hendaklah ditulis dengan huruf besar

10.3       Nama perahu yang ditulis/ dicop mesti berbentuk kekal iaitu tidak boleh ditampal atau  dipindah-pindah kepada perahu/ botlaju yang lain.

10.4       Sebuah perahu hendaklah menggunakan satu nama sahaja. Nama perahu  mesti mengikut seperti apa yang terdapat/ ditulis dalam borang penyertaan dan tidak boleh diubah atau ditokok tambah.

10.5       Setiap yang mendaftar akan diberi nombor (plate no.) yang tetap bermula dari satu hingga akhir. Ini tertakluk kepada jumlah penyertaan yang mendaftar secara sah sehingga tarikh tutup menerima permohonan.

11.          KESALAHAN-KESALAHAN

Kesalahan-kesalahan seperti berikut, jika dilakukan oleh mana-mana perahu/ botlaju boleh menyebabkan penyertaan perahu/ botlaju dibatalkan.

11.1       Tidak dibenarkan sesebuah melintas atau memotong alur perahu lain kecuali perahu berkenaan sudah lepas di hadapan sejarak tidak kurang 30 kaki dari haluan perahu yang hendak dilintasi itu.

11.2     Tidak dibenarkan sesebuah perahu menghimpit atau melanggar perahu lain. Jika dilakukan kesalahan seumpama ini ia akan mengakibatkan:

11.2.1           Perahu yang melakukan kesalahan itu akan dibatalkan kelayakannya dan dikeluarkan dari perlumbaan itu atau;

11.2.2           Kemenangannya tidak sah atau;
11.2.3           Penyertaan boleh dibatalkan untuk menyertai mana-mana acara seterusnya.

12.          PENGURNIAAN HADIAH (PENGISYTIHARAAN PEMENANG)

12.1       Sekiranya didapati seri bagi mana-mana kedudukan (Pertama, kedua, atau ketiga) setiap pemenang berhak menerima nilai hadiah yang sama mengikut tempat kedudukan yang dimenangi berdasarkan keputusan muktamad yang telah dibuat.
12.2       Penyampaian hadiah akan diberikan segera setelah keputusan rasmi diumumkan.

12.3       Dalam mana-mana perlumbaan hanya peserta/pasukan yang mendapat tempat pertama ,kedua dan ketiga sahaja yang akan menerimanya. Hadiah adalah berupa wang tunai dan piala .

13.          GARISAN PERMULAAN DAN PENAMAT

13.1     Garisan permulaan akan ditetapkan oleh pihak pengelola. Lampiran 2 yang dikepilkan bersama menunjukkan lokasi garisan permulaan setiap perlumbaan,pusingan dan tamat yang mesti dikenalpasti dan difahami oleh setiap peserta

13.2       Garisan penamat hanya satu seperti yang ditetapkan oleh pihak pengelola. Ia tidak berubah atau dipindah ke tempat lain iaitu dihadapan GRANDSTAND

14    PENGUMUMAN

14.1    Ini bermaksud pemberitahuan rasmi yang mesti diikuti dan dipatuhi oleh     setiap peserta. Segala maklumat akan diumumkan melalui pembesar suara rasmi sahaja. Kerjasama dari semua pihak yang terlibat amatlah diperlukan.

14.2 Panggilan rasmi hanya dibuat sebanyak 3 kali mengikut susunan jadual perlumbaan. Ini memerlukan perhatian setiap peserta. Dengan cara ini, perjalanan acara akan berjalan dengan lancar. Masa10 minit akan diberikan untuk setiap peserta melapor di garisan permulaan selepas panggilan terakhir.

15    TANGGUNGAN/RISIKO

15.1     Jawatankuasa dan semua yang terlibat di bawah kuasanya tidak bertanggungjawab di atas segala bentuk kerosakan/ kerosakan/ kerugian/ kecederaan/ kecacatan/  kemalangan atau kehilang nyawa atau harta benda bagi peserta yang mengambil bahagian dalam tempoh perlumbaan dijalankan dan segala kejadian yang mungkin wujud daripadanya.

15.2    Anak-anak perahu yang mengambil bahagian di dalam semua jenis acara lumba perahu dinasihatkan menggunakan alat-alat keselamatan. Semua peserta mestilah pandai berenang.
15.3    Peserta Perahu sambai Diwajibkan menggunakan Jaket Keselamatan dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan
15.4    Semua peserta dikehendaki sampai di tempat permulaan pada masa yang ditetapkan di dalam jadual perlumbaan. Pelepas berhak memulakan perlumbaan selepas 10 minit daripada masa yang ditetapkan. Perahu yang sampai di tempat permulaan lewat daripada 10 minit dari masa yang ditetapkan dikira tidak mengambil bahagian.

16    KEPUTUSAN MUKTAMAD

16.1     Segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa mengenai sebarang masalah yang timbul selepas dirujuk dan dipertimbangkan oleh Juri Rayuan dan adalah muktamad. Sebarang bantahan atau aduan setelah satu keputusan/ ketetapan dibuat dan diisyitharkan tidak akan dilayan.

17    RAYUAN / BANTAHAN

Segala Rayuan/ bantahan/ aduan/ ketidakpuasan oleh peserta hendaklah melalui saluran yang tertentu iaitu menggunakan borang khas yang disediakan. Bantahan ini mestilah disertakan dengan Deposit wang tunai berjumlah RM200.00. Deposit ini akan dikembalikan jika sesuatu bantahan itu Berjaya dan jika bantahan adalah tidak Berjaya maka Deposit tersebut tidak dikembalikan. Borang-borang adalah seperti di Lampiran 3.

18    JENIS-JENIS PERLUMBAAN

18.1    Perahu Sambai Vateran
18.2 Perahu Sambai Terbuka
18.3Kayuh 4 Orang Lelaki  Terbuka
18.4Kayuh 4 Orang Wanita Terbuka
18.5Kayuh 10 Orang Wanita Terbuka
18.6Kayuh 8 Orang Lelaki Terbuka
18.7Kayuh 8 Orang Wanita Terbuka
18.8Kayuh 10 Orang Lelaki Terbuka
18.9       Kayuh 8 Orang Campuran Terbuka (4 lelaki 4 perempuan)
18.10    Kayuh 15 Orang Lelaki Terbuka
18.11    Kayuh 20 Orang Lelaki terbuka
18.12    Kayuh 25 Orang Lelaki Terbuka
18.13    Botlaju 18 Kuasa kuda
18.14    Bot Panjang 18 Kuasa kuda
18.15    Botlaju 30 Kuasa kuda(2 Piston)
18.16    Bot Panjang 30 Kuasa Kuda (2 Piston)
18.17    Lumba Kasihan Lelaki
18.18    Lumba Kasihan Perempuan

19    BAYARAN MASUK / FI

Setiap Penyertaan adalah Percuma.

20    PENYERTAAN

20.1    Sekiranya penyertaan kurang dari 3 penyertaan bagi mana-mana acara maka acara ini tidak akan dijalankan.

20.2    Acara Akhir (FINAL )-Peserta yang layak menyertai acara akhir akan ditentukan oleh pihak jawatankuasa setelah mengambil kira jumlah saringan (HEAT) bagi mana-mana kategori kerana terpaksa juga mengambil Kira masa dan ruang sungai.

20.3    Tarikh tutup menerima Borang Penyertaan ialah pada 04 November 2011 jam 1200 Tengah hari. Semua borang penyertaan hendaklah sampai kepada urusetia jawatankuasa Lumba Perahu Regatta Sibuti 2011

20.4    Bagaimanapun ,seperti kebiasaan peserta yang mendapat tempat pertama ,kedua dan ketiga di peringkat saringan seboleh-bolehnya akan layak memasuki acara akhir. Sekiranya banyak saingan dan tidak mengizinkan terutama aspek keselamatan berlepas maka akan hanya terbuka kepada pemenang-pemenang di tempat pertama dan kedua di peringkat saringan sahaja yang layak ke peringkat  akhir . Sekiranya masih tidak mengizinkan lagi maka hanya pemenang-pemenang pertama di peringkat saringan sahaja yang akan layak menyertai peringkat akhir .Dimaklumkan bahawa tiada pertandingan suku akhir atau separuh akhir atau separuh dengannya diadakan demi kelancaran pesta .
 21.            TAMBAHAN

21.1     Seseorang yang telah dilantik oleh Jawatankuasa selaku  PELEPAS/ PENGADIL /  ataupun HAKIM di sepanjang tempoh acara dijalankan TIDAK dibenarkan mengemukakan penyertaan dalam setiap acara lumba perahu. Penyertaan daripada tuan punya perahu yang dilantik sebagai PELEPAS/ PENGADIL / ataupun HAKIM akan dibatalkan serta-merta.

21.2     Setiap peserta yang mengambil bahagian diwajibkan menunjukkan semangat kesukanan dan perpaduan. Elakkan sebarang pertelingkahan. Bertandinglah dengan semangat riang dan muhibbah. Kalah dan menang adalah adat resam pertandingan. Sekali gagal bukan bererti kita gagal selama-lamanya. Cuba dan cuba lagi.
           
            Lumba Sambai/Kayak diwajibkan agar sambai disambai oleh seorang penyambai sahaja mengikut kategori. Lebih jelas ,penyambai seorang terbuka tidak dibenarkan menyertai kategori sambai 1 orang veteran dan sebaliknya supaya acara lebih menarik .

Bagi kategori sambai veteran ia hanya layak bagi sesiapa yang berumur 41 tahun dan ke atas mengikut kiraan tarikh lahir pada atau sebelum 18.11.2011. Dengan ini,setiap peserta diwajibkan mengemukakan salinan fotostat kad pengenalan masing-masing untuk tujuan pengesahan.

21.3     Enjin (Kuasa Kuda /Horse Power Engine Outboard ) bagi semua kategori adalah terbuka kepada semua jenis enjin kecuali ENGINE RACING UNIT. Mana-mana engine outboard yang menimbulkan keraguan mengenai KK/HP atau ciri-ciri lain bagi  mana-mana kategori perlumbaan ,pemeriksa enjin berhak memohon keterangan daripada mana-mana peserta untuk tujuan pengesahaan dan pembuktian .Sekiranya timbul keraguan maka peserta mesti bersedia dengan dokumen bukti kukuh mengenainya dan bersedia menandatangani borang akaun.

Kegagalan atau keengganan berbuat demikian maka penyertaan akan ditolak dan dibatalkan sehingga sanggup mematuhi peraturan yang ditetapkan .

21.4     Dimaklumkan bahawa semua peserta adalah dibenarkan mengubahsuai enjin tetapi dalam kategori enjin biasa . Ditegaskan disini supaya tidak sama sekali mengunakan jenis racing unit atau apa-apa jenis kaki enjin      ( Gear Box ) yang merupakan sebahagian dari racing unit . Untuk Bot laju 30 KK ianya hanya terbuka kepada jenis 2 piston sahaja.
21.5     Perahu pengiring adalah dibenarkan untuk menunda mana-mana perahu lumba ke garisan permulaan dan digalakkan juga membawa alat-alat keselamatan ( Life Jackets ) untuk tujuan bersama .

21.6     Bagaimanapun ,setelah perlumbaan bermula mana-mana perahu yang mengiringi pasukan masing-masing tidak dibenarkan sama sekali memintas pasukan bertugas kecuali dibenarkan Sekiranya tidak mematuhi arahan maka perahu pengiring tersebut tidak dibenarkan mengiringi pasukan pada perlumbaan seterusnya .

21.7     Pengiring tidak boleh menimbulkan atau terlibat dengan sebarang kekecohan kecuali membantu menyelamat anak-anak perahu. Jika ingkar ini akan menyebabkan pembatalan dan penyertaan pasukannya seterusnya akan ditolak.

21.8     Anak-anak Perahu-Setiap pasukan bagi semua kategori mesti mematuhi segala syarat perlumbaan . Sekiranya timbul keraguan jantina anak-anak perahu maka pihak jawatankuasa berhak memohon pengesahan daripada tuan punya perahu .Sekiranya terbukti ada penipuan maka penyertaannya atau kemenangannya dibatalkan.Pasukan atau perahu berkenan juga tidak dibenarkan menyertai acara seterusnya.

21.9     Lumba Kasihan –Hanya diadakan bagi kategori lumba kayuh sahaja .Ini terbuka kepada mana-mana perahu yang tidak pernah mendapat tempat (Pertama ,Kedua dan Ketiga ) dalam mana-mana perlumbaan di peringkat saringan bagi kategori masing-masing.

21.10   Peserta-peserta yang menyertai mana-mana perlumbaan dilarang sama sekali melibatkan pengaruh alkohol  serta dadah semasa perlumbaan . Pihak penganjur berhak membuat  ujian kepada mana-mana peserta atas perkara tersebut dan sesiapa yang didapati positif akan dibatalkan terus daripada perlumbaan semasa temasya ini. Penyertaannya hanya boleh diterima dengan pertukaran peserta terbabit dengan peserta lain yang bebas daripada pengaruh-pengaruh tersebut untuk kepentingan keselamatan.



















LAMPIRAN 1



IMG_0001.jpgIMG_0002.jpg




























LAMPIRAN 2






























LAMPIRAN 3

REGATTA SIBUTI 2011
BORANG ADUAN / BANTAHAN KEPUTUSAN HAKIM/PENGADIL
1
No. Acara

2
Jenis Acara

3
Nama Pengadu/ Pembantah

4
No.Kad Pengenalan

5
Nama Perahu & Nombor Pengadu / pembantah

6
Butir-butir bantahan (Nyatakan dengan Jelas) :





…………………………………………………………
Tandatangan
Tarikh:
Nota:
1.  Deposit Bantahan RM200 tunai wajib disertakan
2.  Bantahan atau aduan  yang diterima selepas 30 minit setelah Keputusan Awal diumumkan tidak akan dilayan.

LAMPIRAN 4

REGATTA SIBUTI 2011
KEPUTUSAN PERLUMBAAN

No. Acara

Jenis Acara



PENYERTAAN
BIL
NAMA PERAHU
PEMILIK PERAHU
NO PLAT
KEPUTUSAN AWAL
1




2




3




4




5




6




7




8




9




10








KEPUTUSAN RASMI
KEDUDUKAN
NAMA PERAHU
PEMILIK PERAHU
NO.PLAT
PERTAMA (JOHAN)



KEDUA (NAIB JOHAN)



KETIGA





DISAHKAN OLEH HAKIM
BIL
NAMA
TANDATANGAN
1


2


3




Tarikh:……………………. MASA ………………………….

No comments:

Post a Comment